M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tempoh reman seorang kontraktor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menjadi dalang sindiket kartel projek bagi membolot projek jutaan ringgit di Selangor telah disambung empat hari lagi bermula semalam.

Reman pegawai daerah dan seorang juruukur bahan yang dipercayai bersekongkol dengan syarikat kontraktor tersebut dalam projek itu juga disambung bagi tempoh sama.

Ketiga-tiga suspek itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu lalu untuk mendapatkan perintah sambung reman mulai Khamis hingga Ahad ini.

“Selain suspek terbabit, SPRM turut mendapatkan tempoh sambung reman selama dua hari terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.

“Kedua-dua suspek berusia 47 tahun itu akan disambung reman masing-masing mulai semalam dan hari ini,” menurut sumber.

Pada 23 Julai lalu, kontraktor berkenaan dipercayai mengawal 16 syarikat yang didaftarkan atas nama saudara dan pekerja-pekerjanya bagi mendapatkan projek-projek di dua majlis perbandaran yang pernah diterajui Yang DiPertua tersebut.- MalaysiaGazette