Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri tiba di pintu masuk selepas sejam meninggakkan kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat pulang ke Bukit Damansara tepat jam 5 petang selepas ia dilihat keluar sejam sebelum itu.

Sejak semalam, kediaman peribadi Muhyiddin menjadi tumpuan khususnya pengamal media selepas Istana Negara mengeluarkan satu kenyataan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Beberapa Menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengunjungi kediaman Muhyiddin.

Menteri lain yang dipercayai mengunjungi kediaman perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Selain itu, beberapa menteri, timbalan menteri termasuk dari parti Pas juga dipercayai hadir semalam.

Media turut melaporkan kehadiran Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. – MalaysiaGazette