ROSOL WAHID
Rosol Wahid

KUALA LUMPUR – Sektor peruncitan di Lembah Klang dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang hujung bulan Ogos ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) dilihat bakal membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada pekerja sektor berkenaan.

“Lembah Klang kes mencanak, jadi pada Hari Kemerdekaan kita target capai 80 peratus, sekurang-kurangnya untuk penerima vaksin dos pertama,” katanya ketika sidang media.

Terdahulu, beliau melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri Peruncitan (PPVIN) di Menara KK, Maju Link yang bermula hari ini.

PPVIN itu merupakan yang kedua di Kuala Lumpur dan kelima di Lembah Klang.

Kata beliau, KPDNHEP menjangkakan seramai 21,000 pekerja industri peruncitan akan menerima dua dos vaksin dengan pembukaan PPVIN berkenaan.

Sehingga 29 Julai, seramai 10,615 orang pekerja sektor itu telah divaksin dos pertama melalui empat RiVAC KPDNHEP.

Tambah Rosol, negeri-negeri lain yang dijangka dilaksanakan RiVAC dalam masa yang terdekat adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka.

“Negeri-negeri ini. Tapi kalau ada negeri lain yang mahu memulakan PPVIN kita mengalu-alukan,” ujarnya.

Ujarnya, melalui usaha ini diharap pembukaan sektor ekonomi khususnya peruncitan akan dapat dibuka secara sepenuhnya dengan segera. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast