KPT
Para pelajar Malaysia yang terjejas teruk akibat banjir di Queensland, Australia sejak beberapa hari lepas, berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

KUALA LUMPUR – Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma, Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula pada Ogos 2021.

Walau bagaimanapun, Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober 2021 atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing, kata Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing. – MalaysiaGazette