Swettenham Pier Cruise Terminal dijadikan PPV bagi sektor pengangkutan bermula 3 Ogos ini.

GEORGE TOWN – Swettenham Pier Cruise Terminal, di sini, akan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri Sektor Pengangkutan bagi Pelabuhan Pulau Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, PPV yang akan mula beroperasi pada 3 Ogos depan itu diputuskan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Teik Cheng.

Jelas beliau, dijangka seramai 5,434 individu  yang terdiri daripada pekerja SPPP,  Penang Port Sdn Bhd, pelaut, sektor logistik dan juga komuniti lain yang bekerja di pelabuhan akan menerima vaksin di lokasi itu.

“Sebanyak 200 dos akan diberi setiap hari dan akan mengambil masa kira-kira selama 27 hari bagi dos pertama selesai.

“Manakala proses pemberian dos kedua pula dilakukan sebaik sahaja kesemua penerima terbabit selesai dos pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, program vaksinasi Covid-19 itu penting dalam memastikan operasi di pelabuhan berjalan lancar.

“Vaksinasi juga bertindak sebagai perlindungan tambahan bagi menghalang jangkitan Covid-19 berlaku di dalam kawasan pelabuhan.

“Selain itu, petugas pelabuhan turut menyalurkan perkhidmatan penting selama 24 jam sehari tanpa henti sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan tahun lalu demi memastikan kelancaran pergerakan barangan keperluan kepada pengguna,” ujar Teik Cheng. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast