Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Lima lokaliti di Sabah, Kelantan dan Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Rabu ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata PKPD di Sabah dikenakan di di Kampung Selagon dan Kampung Binsulok, Beaufort.

“PKPD turut bakal dilaksanakan di dua Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang, Tumpat dan Kampung Tok Sadang, Mukim Badang, Kota Bharu, Kelantan.

“Di Sarawak, PKPD dilaksanakan di kuarters pekerja Ladang Palmlyn, Mukah,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, sebanyak 15 lokaliti yang dikenakan PKPD, masing-masing 12 di Terengganu, dua di Pahang dan satu di Sabah yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan lagi mulai Rabu ini.

“PKPD turut dilanjutkan di Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang serta Kampung Pituru Kinarut, Papar, Sabah,” katanya.

Hishammuddin berkata, tempoh PKPD 10 lokaliti di Dungun dilanjutkan bermula 4 hingga 16 Ogos ini manakala tempoh PKPD lima lokaliti di Kemaman, Raub dan Papar dilanjutkan bermula Rabu ini hingga 17 Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Harap kawasan PKPD ini kerajaan pastikan penduduknya terus dicucuk vaksin, selain ada pemeriksaan covid.

Comments are closed.