Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Julai 2021 diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak masing merekodkan harga purata bulanan SMR 20 FOB di bawah RM2.50 sekilogram pada bulan lalu.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, bayaran IPG teraktif bagi Sabah dan Sarawak adalah RM0.20 sen sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran Julai 2021 mulai 1 hingga 31 Ogos, 2021. – MalaysiaGazette