Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli-ahli parlimen pembangkang berjalan menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah kehilangan keabsahan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada lagi sokongan majoriti.

Beliau mendakwa seramai 107 ahli Parlimen pembangkang dan beberapa ahli Parlimen kerajaan telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Kita datang sini untuk menyatakan pendirian kita bahawa Parlimen telah hilang keabsahan dan tidak boleh meneruskan pemerintahan, kedua mereka telah melanggar Perlembagaan, ketiga melarang ahli Parlimen menjalankan tugas dan terang menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, kita di sini sekurang-kurangnya sebagai rakyat taat kebawah duli Yang di-Pertuan Agong dan tunduk ke bawah Perlembagaan dan membela nasib rakyat,” katanya semasa berhimpun bersama wakil-wakil rakyat pembangkang di Dataran Merdeka hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli-ahli parlimen pembangkang berjalan menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 OGOS 2021.

Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, kerajaan hilang sokongan dan gagal melaksanakan tugas tetapi terus bertahan memegang kuasa.

“Ada ahli Parlimen yang telah menulis kepada Speaker (Dewan Rakyat) yang menunjukkan kerajaan Muhyiddin telah kalah daripada undian.

“Ini cara mereka langgar Perlembagaan untuk beralih daripada keputusan untuk pembangkang lawan di Parlimen,” katanya sebelum bersurai beramai-ramai selepas dihalang memasuki bangunan Parlimen.

Mereka kemudian akur dengan arahan itu dan bersurai jam 10.50 pagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Cubaan ahli Parlimen pembangkang masuki Parlimen gagal

2 Komen

  1. PERHIMPUNAN HARAM PEMIMPIN PEMBANGKANG CETUSKAN LAGI COVID 19 mengugat negara.ADAKAH MEREKA SEMUA AKAN DIKOMPAUN LANGGAR SOP BERHIMPUN DAN BERARAK SEPERTI KUMPULAN HITAM

Comments are closed.