Minister of Science, Technology and Innovation, Khairy Jamaluddin Abu Bakar during a news conference on the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) in Putrajaya. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 vaccination vaccine MySejahtera
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi menggunakan Pengecaman Lokasi Panas bagi Libat Urus Dinamik (HIDE) untuk mengesan kawasan berpotensi menjadi kluster dikenalpasti lebih awal.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bagaimanapun berkata, ketika ini, data membabitkan HIDE tidak didedahkan kepada umum ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi berkuatkuasa.

“Kita masih menggunakan HIDE di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan KKM.

“Ia masih digunakan bagi memberi amaran mengenai kawasan yang berkemungkinan menjadi kluster,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), secara maya hari ini.

Sementara itu Khairy juga memaklumkan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan membincangkan perolehan tambahan bagi vaksin Sinovac pada Jumaat ini.

Menurutnya, keputusan mengenai perkara itu dibuat bagi menampung kadar vaksinasi yang tinggi pada Ogos.

“JKVAV akan bermesyuarat setiap Jumaat dan membincangkan perkara itu serta harga syiling Sinovac yang dijual untuk pasaran swasta,” ujarnya. – MalaysiaGazette