Dewan Rakyat Members of Parliament MP Speaker The government has agreed to advise Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah to hold the Third Term of 14th Parliament Sitting for five days from 26 until 29 July
Sidang khas Parlimen mengenai RUU Anti Lompat Parti bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahlia-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan (PH) kesal apabila persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada hari ini hingga 5 Ogos ini ditangguhkan dengan notis yang pendek tanpa mengikut peraturan mesyuarat yang betul.

Mereka mendakwa hampir semua ahli parlimen termasuk Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah menerima dua dos vaksin yang melayakkan imuniti berkelompok dicapai di kawasan Parlimen.

Berdasarkan fakta tersebut, mereka berpendapat Dewan Negara adalah selamat untuk bersidang.

”Kami Ahli-Ahli Dewan Negara menjunjung kasih titah YDP Agong yang menggesa Parlimen bersidang bagi membahaskan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat berkaitan.

”Sebagai Ahli Dewan Negara yang merupakan Dewan Legislatif tertinggi, kami bersetuju dengan titah DYMM Agong bahawa pembatalan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat oleh pihak kerajaan secara tidak telus dan tanpa melalui kedua-dua dewan dan mendapat perkenan DYMM Agong adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan,” kata mereka dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Senator Raj Munni Sabu (Ketua Sekretariat), Senator Datuk Theodore Doughlas ((Merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara), Senator Ismail Yusop (Merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara).

Selain itu, Dr Yaakop Sapari, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Husam Musa, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Manolan Mohamad, Mohd Imran Abdul Hamid, Dr Ahmad Azam Hamzah, Lim Hui Ying, Nga Hock Cheh, Alan Ling Sie Kiong, Adrian Banie LAsimbang, Kesavadas Achyuthan Nair dan Suresh Singh.

Mereka turut menyatakan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan sikap derhaka yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan yang membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong dan majlis raja-raja.

Ini kerana mereka percaya Dewan Negara yang berfungsi sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan seperti yang diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette