Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud pada 6.1 skala Richter melanda Selatan Sumatera di Indonesia pada 6.48 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 244km barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 48km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast