Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kluster Covid-19 berkaitan komuniti yang direkodkan hari ini melebihi kluster tempat kerja.

Ia melibatkan sembilan kluster di Kelantan, empat di Sarawak dan Perak.

Manakala satu kluster baharu melibatkan komuniti masing-masing di Sabah, Selangor dan Terengganu, kata Ketua Pengarah kesihatan Tan Sri dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, sebanyak 14 kluster baharu tempat kerja dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Enam daripadanya di Selangor, tiga di Kelantan, dua Johor, dan satu masing-masing di Melaka, Perak dan Kuala Lumpur .

Hanya satu kluster keagamaan dikenal pasti di Kelantan.

Selain itu, Dr. Noor Hisham berkata, Kelantan mencatatkan kadar kebolehjangkitan yang tertinggi dengan nilai RT1.31.

Diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.27) dan Perak (nilai RT 1.24).

Jelas beliau sehingga kini, semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.-MalaysiaGazette