Datuk Seri Mahdzir Khalid. foto FAREEZ FADZIL, 03 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam,” katanya di laman Twitter beliau hari ini sambil berkongsi artikel media tempatan yang menyiarkan berita mengenai pelantikan itu.

Artikel berkaitan;

Shamsul Anuar umum letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Portal media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Padang Terap itu dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan semalam.

— BERNAMA