Foto Instagram Azhar Apandi.

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak Perak FC, Azhar Apandi tampil menafikan dirinya masih menjadi kekasih kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Jelasnya, Dhabitah adalah bekas kekasihnya namun mereka sudah lama berpisah dan memohon agar semua pihak tidak mengaitkannya dengan atlet negara itu.

Azhar, 22, adalah tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dipinjamkan selama semusim kepada skuad The Bos Gaurus itu pada awal musim ini.

“Awak-awak (peminat) semua saya dah lama tak ada kena mengena dengan si dia (Dhabitah), so please la hormat saya dengan si dia okay.

Sebelum ini, tular di laman sosial temuramah Dhabitah dengan stesen radio tempatan yang menyaksikan penerjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah berpunya.

Lantas, peminat mula mengaitkan kekasih Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak profesional dan spekulasi itu dikuatkan pula dengan gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya iaitu Azhar.

Pada Ahad lalu, hasrat Dhabitah untuk membawa pulang pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Ini adalah penampilan keduanya di pentas Olimpik selepas menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya di Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hati saya sudah dimiliki – Dhabitah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast