Tepat jam 5.45 petang tadi sebuah kereta dengan plat pendaftaran ‘menteri’ memasuki kediaman rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa seorang menteri dilihat memasuki perkarangan rumah Perdana Menteri di Bukit Damansara petang ini.

Kehadiran kenderaan itu dikesan pukul 5.45 petang tadi sebuah kereta dengan plat pendaftaran ‘menteri’ memasuki ke kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran menteri itu disedari beberapa petugas media yang bertugas di kawasan yang sama.

Bagaimanapun identiti menteri berkenaan tidak dapat dipastikan.

Semalam, sekumpulan menteri-menteri Kabinet mengadakan pertemuan khas dengan Muhyiddin di kediamannya selepas keputusann mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO petang semalam yang sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan juga terhadap Muhyiddin.

Awal hari ini, Muhyiddin selepas menghadap Al-Sultan mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan terdapat lapan ahli Parlimen UMNO yang menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menarik sokongan kepadanya.

Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenaan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September nanti. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pendarhaka sebenar yang datang dari presiden UMNO yang melanggari titah perintah Yang Dipertuan Agong ketika pembukaan parlimen tahun2020, presiden UMNO telah mengheret sekali lagi kemelut politik setelah disarankan kepada semua ahli parlimen yang menerajui kerajaan tidak berbuat demikian malah presiden UMNO semakin rakus demi untuk survival politiknya dan demi kuasa. Perlu ingat rakyat juga terheret sama dengan kemelut politik yang dibawakan oleh pemimpin yang mencari kuasa dan perlindungan diatas kes kes yang sedang mereka lalui itu. Malaysia dilanda wabak covid19 dan seharusnya lah setiap pemimpin politik baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang berganding bahu untuk membantu rakyat ketika negara menghadapi masaalah kesihatan global dan ekonomi ketika ini.

Comments are closed.