Sahruddin Jamal

MUAR – Perikatan Nasional (PN) Johor dan Parti Pribumi Bersatu Johor menolak kerjasama dengan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berikutan keputusan mereka menarik sokongan ke atas PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari lepas.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pucuk pimpinan Bersatu dan PN untuk menyatakan pendirian mengenai kedua-dua ahli Parlimen berkenaan.

“Kita akan menunggu UMNO Johor untuk menyatakan pendirian, tetapi sehingga kini mereka belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Memandangkan kedua-dua ahli Parlimen telah menolak sokongan kepada PN dan Perdana Menteri, jadi kita menolak mereka,” katanya ketika ditemui di pusat pemberian vaksin Dewan Jubli Intan, dekat sini, hari ini.

Sahruddin yang juga Setiausaha Bersatu Johor berkata, pihaknya masih menunggu “lampu hijau” dari pucuk pimpinan.

“Sekiranya Pusat mengarahkan kita menarik sokongan, kita akan menarik sokongan, tetapi apapun semua masyarakat perlu faham bahawa kita kena berkhidmat untuk rakyat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong itu.

Setakat ini, katanya, kerjasama antara Bersatu  dan UMNO Johor masih diteruskan.

Johor kini dipimpin PN Johor dengan majoriti tipis 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

Kerajaan negeri diterajui UMNO Johor dengan 14 kerusi, Bersatu dengan 12 kerusi, MIC dua dan Pas satu kerusi manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi, Parti Amanah Negara (sembilan) dan PKR empat kerusi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ni yg MB kejap jer tu yer? haaaaa jd MB pun tergolek, lg banyak cakap…lepas ni blh jd Penasihat PM mcm bekas MB Perak tu..rakyat lg menderita, korang gila kuasa yer…musibat betul

  2. Pulang paku buah keras.
    Bila umno buat pn ADUN pn pun akan buat kat kat kerajaan johor.
    Tergolek akhir kerajaan umno johor..
    Sapa yang untung…lu pikir la sendiri.

Comments are closed.