Rihanna. foto /GETTY IMAGES

WASHINGTON – Rihanna kini secara rasmi menjadi jutawan dan pemuzik wanita terkaya di dunia, menurut Forbes.

Bintang pop berusia 33 tahun itu memiliki kekayaan bernilai AS$ 1.7 bilion (£ 1.2 bilion), dengan anggaran AS$ 1.4 bilion diperoleh melalui syarikat kosmetiknya, Fenty Beauty.

Selebihnya, hasil itu diperoleh daripada syarikat pakaian dalam, Savage x Fenty, bernilai kira-kira AS$ 270 juta, selain pendapatannya muzik dan lakonan.

Dia berada pada kedudukan kedua setelah Oprah Winfrey sebagai penghibur wanita terkaya di dunia.

Rihanna – yang nama sebenarnya Robyn Fenty – melancarkan Fenty Beauty pada tahun 2017 dengan kerjasama syarikat barang mewah LVMH. – BBC