Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu harian Covid-19 mencecah lebih 20,000 untuk dua hari berturut-turut dengan hari ini sebanyak 20,889 dilaporkan.

Berkongsi data terkini di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan menjadikan bilangan keseluruhan yang dijangkiti wabak itu kini berjumlah 1,224,595 kes.

Katanya, Selangor masih menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes harian iaitu 8,792 hari ini.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam, iaitu 2,483 dan Kedah 1,371 kes.

Sabah (1,291), Johor (1,275), Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460) dan Putrajaya (122).

Manakala dua negeri mencatatkan bilangan di bawah 10 kes iaitu Labuan dan Perlis dengan masing-masing hanya merekodkan sembilan kes sahaja.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes positif Covid-19 adalah 20,596 yang merupakan kali pertama negara mencatatkan jumlah kes harian tertinggi – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast