Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kebakaran bangunan kedai di Jalan Kubong pada lebih kurang 2.31 pagi tadi.

LIMBANG – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kebakaran bangunan kedai di Jalan Kubong pada lebih kurang 2.31 pagi tadi.

Wong Ah Ping yang berusia dalam lingkungan 80-an dan dikatakan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik manakala suami dan dua anak perempuannya selamat.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Clarence D. Primus Tiandun, keluarga serta jiran tidak dapat menyelamatkan mangsa kerana api sudah marak dan asap tebal.

“Tiga ahli keluarga mangsa yang melecur dalam kebakaran itu selamat dan dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Clarence berkata kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sembilan anggota bomba dengan tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 km dari balai untuk memadam kebakaran itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis, kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast