KUALA LUMPUR – Selepas mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi dengan 20,889 kes semalam, kes menurun sedikit hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejumlah 19, 257 kes direkodkan hari ini dengan Selangor 7,084 kes.

“Sehingga 7 Ogos 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 19,257 kes.

“Selangor 7,084, Kuala Lumpur 2,450, Johor 1,182, Sabah 1,255, Sarawak 573, Negeri Sembilan 884, Kedah 1,514, Pulau Pinang 959, Kelantan 930, Perak 774, Melaka 414, Pahang 714, Terengganu 425, Labuan 2, Putrajaya 56, dan Perlis 41 kes,” katanya di Twitter.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, kes positif Covid-19 di Selangor menurun sebanyak 1,708 kes, Kuala Lumpur susut 33 kes, Johor juga berkurangan 93 kes.

Bagaimanapun negeri seperti Kedah didapati meningkat 143 kes berbanding semalam pada 1,371 kes, Pulau Pinang bertambah 183 kes, Perak naik 150 kes dan Pahang 104 kes.

Dalam pada itu, negeri Perlis menunjukkan kenaikan mendadak dengan peningkatan 32 kes berbanding semalam hanya 9 kes. – MalaysiaGazette