Foto Instagram Shuib.

KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib berharap isterinya, Siti Sarah kembali sedar dan tidak tidur terlalu kerana dia dan anak-anak sedang menunggu kepulangannya di rumah.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Shuib, 36, berkata, dia juga sedar pengorbanan Siti Sarah sehingga selamat melahirkan anak keempat mereka semalam.

“Sayang i tau u dah buat yg terbaik,,,u dah fight smpi anak kita dah selamat pon dilahirkan. Ayash Affan dah bukak mata,kaki dah tendang2, tangan dah gerak 🥰 syukur alhamdulillh dan skrg u penat dan sedang tidur.

“Tp jgn tidur lama2 eh sayang,,,i,anak2 dan family semua rindu u,semua menunggu u dkt rumah sayang…jgn tido lama sgt tau,kuat kan semangat dan buka mata ok 🙏 love u sayang @sitisarahraissuddin mohon semua terus mendoakan sarah ya 🙏🙏🙏,” tulisnya.

Siti Sarah kini hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi semalam.

Pada sebelah petang, dia ditidurkan bagi melahirkan bayi dalam kandungan secara pembedahan untuk mengelakkan lebih banyak risiko.

Rabu lalu, penyanyi lagu Kesetiaan itu yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun,

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast