Noor Hariri Mohamed Noor

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendesak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat kepada beliau.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor mendakwa, peletakan jawatan dua Menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Dr Noraini Ahmad jelas menunjukkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai sokongan majoriti.

“Tan Sri Muhyiddin secara jelas terbukti mengelirukan dan menipu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA semasa perutusan khasnya pada 5 Ogos lalu.

“Saya mendesak polis segera menyiasat Tan Sri Muhyiddin yang dilihat cuba mengelirukan dan membohongi YDPA bagi memastikan dirinya dapat terus berkuasa di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Dalam pada itu, sidang media Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri bersama 17 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam yang menyokong kerajaan dan kepimpinan Muhyiddin membuktikan PN telah hilang sokongan majoriti.

“Datuk Seri Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri memaklumkan 31 Ahli Parlimen daripada 42 Ahli Parlimen BN akan kekal menyokong Kerajaan PN.

“Melalui sidang media tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri secara nyata membukti dan mengesahkan Perdana Menteri dan Kerajaan PN telah hilang sokongan majoriti.

“Kenyataan ini disokong dengan Surat Akuan yang diperoleh oleh pihak UMNO dan telah dihantar untuk dipersembahkan kepada YDPA,” katanya.

Susulan itu, Muhyiddin perlu segera meletakkan jawatan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4).

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri.

“Perutusan Perdana Menteri yang mendakwa Kerajaan PN ketika ini masih mempunyai majoriti Dewan Rakyat adalah tidak benar sama sekali.

“Muhyiddin tidak lagi mempunyai legitimasi untuk menasihati YDPA bahkan harus meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan segera,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. jika BENAR UMNO YANG SUCI MURNI DAN P UNAH HARAPAN NAFSU BESAR BERHASRAT AMBIL ALIH KERAJAAN…BOLEHHHH JAMIN 100-200% HAPUSKAN DAN MUSNAHKAN COVID SEPENUHNYA SEPERTI PETIK JARI SEBELAH MATA BOLEH SELESAI SEGERA DALAM 100 HARI

    JANJI 100HARI MASA 22 BULAN PUN TERKENCING2..LEBIH JAHANAM DAN PUNAH NEGARA TAPI TUDING JARI KERJAAN GAGAL …

    ZAHID MINTA PM 8 LETAK JAWATAN….CABAR ZAHID JUGA LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO DAN MP BAGAN DATO….BARU ADIL DAN ANAK JANTAN….SELESAIKAN KES KAMU DI MAHKAMAH BARU KAMI SOKONG

Comments are closed.