Healthcare workers from the Forensics Unit of the Sultanah Aminah Hospital in Johor managing the corpses in the cadaveric container freezer following the rise of Covid-19 deaths in the hospital. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 06 JUNE 2021 Covid-19 deaths
Healthcare workers from the Forensics Unit of the Sultanah Aminah Hospital in Johor managing the corpses in the cadaveric container freezer following the rise of Covid-19 deaths in the hospital. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 06 JUNE 2021

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga Singapura yang disahkan positif COVID-19, ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri, dekat Muar, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar PBK II Noralfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.46 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya.

“Mangsa didapati telah meninggal dunia dan disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast