Pos Malaysia

KUALA LUMPUR – Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai esok secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

Pos Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my

Janji temu juga boleh melalui mudah alih Pos Malaysia mulai hari ini (8 Ogos) dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.

“Para pelanggan diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala Covid-19,” demikian menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tertera di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast