Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,688 kes positif harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu 19,257 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 1,262,540 kes.

Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,565 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,833 kes, Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140).

Kelantan pula mencatatkan 870 kes baharu, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast