Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,187 kes Covid-19 sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,041,585 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, sebanyak 227,230 kes aktif.

Beliau turut memaklumkan 212 kematian akibat pandemik berkenaan dicatatkan pada hari ini dengan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 10,961 kes.

“Sebanyak 212 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 76
kes di Selangor, 24 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 18 kes di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Pahang, 14 kes
di Negeri Sembilan, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Sabah,
lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, empat (4)
kes di Kelantan, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu
(1) kes di Perlis dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan.

Sebanyak 1,095 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 579 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, ujarnya.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 17,236 kes positif baharu direkodkan pada hari ini, dan daripada jumlah itu 29 adalah kes import.

Sementara itu beliau menambah, 19 daripada 36 kluster baharu hari ini dikenal pasti merupakan kluster tempat kerja.

Manakala, 13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan satu masing-masing kluster kegamaan dan kumpulan berisiko tinggi. – MalaysiaGazette