Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 premis terdiri daripada sektor perkilangan dan perniagaan diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 82,534 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,153 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,806 buah kilang, 14,016 premis perniagaan, 650 tapak pembinaan dan 179 buah asrama penempatan pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin memaklumkan, seramai 281 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala, 25 individu lagi direman atas kesalahan melanggar SOP.

Ujarnya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada Ahad pula telah membuat tangkapan terhadap 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tujuh buah kenderaan darat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast