KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menyatakan pendirian tidak pernah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Memetik videonya yang berdurasi 37 saat itu, ketegasan pemimpin Parti Amanah Nasional itu juga dibuat kerana Muhyiddin kini sudah tidak mempunyai majoriti.

“Oleh kerana Tan Sri Muhyiddin sudah hilang majoriti, maka ia patut meletak jawatan segera,” katanya.

Pada minggu lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media menyatakan mempunyai majoriti yang cukup dan akan membawa usul undi percaya kepadanya pada sidang Parlimen pada September depan.

Susulan itu, kebanyakan ahli Parlimen tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan memohon segera Dewan Rakyat bersidang jika benar-benar Muhyiddin yakin mempunyai cukup majoriti.

Dalam kalangan ahli Parlimen juga ada yang membuat perkiraan mengenai berapakan sokongan undian menyokong Muhyiddin.

Ini memandangkan UMNO telah menarik kembali sokongan terhadap Perikatan Nasional dan MUhyiddin dengan 14 ahli Parlimennya dan surat akaun juga sudah diusulkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast