Syatilla Melvin.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Syatilla Melvin menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian susu ibu kepada Ayash Affan yang merupakan anak kepada Shuib.

Menerusi Instagram miliknya, isteri kepada Shaheizy Zam berkongsi perbualannya bersama Shuib menerusi WhatsApp mengenai susu ibu yang dimaksudkan itu bukanlah daripada dirinya.

“Ini antara conversation Tilla dgn Shuib semasa arwah Kak Sarah masih bertarung di ICU mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insya-Allah lepas ni dah boleh clear dah.

“Ya Allah kau sihatkanlah anak soleh mereka ya Allah. Jadikan anak-anak mereka, anak-anak yang taat yang senang hati dan jiwanya mempelajari Islam ya Allah amin ya Rab,” tulisnya.

Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, Syatilla menjelaskan, susu ibu yang ingin diberikan adalah daripada seorang kawan baiknya.

Syatilla berkata, kawan baiknya itu baru sahaja lepas berpantang dan mempunyai susu badan yang banyak dan dia menawarkan kepada Shuib memandangkan bayi yang lahir pra matang sangat memerlukan susu badan.

Sebelum ini, terdapat laporan media memberitahu Syatilla bersedia untuk menjadi ibu susuan buat Ayash yang kini masih dirawat di hospital. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Syatilla Melvin tawar jadi ibu susu anak Shuib, Siti Sarah