Jue Aziz.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Jue Aziz menjadi mangsa terbaharu jangkitan virus Covid-19 selepas mengesahkan dirinya positif wabak tersebut.

Jue mengesahkan berita itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Salam kesayangan saya semua. Tolong doakan kesihatan Jue. Jue positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, selesema, hilang deria rasa.

“Nak makan dan buang air kecil selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk badan sampai ke tulang dan macam demam sakit urat,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 38, turut memohon maaf sekiranya dia ada berbuat salah mahu pun secara sengaja atau tidak.

“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah sama ada sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian,” katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Sweet Qismina, Aprena Manrose dan Man Kidal juga pernah disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette