Kebanyakan tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melepasi proses semakan dan mula dibayar balik secara berperingkat sehingga akhir tahun, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T.Subromaniam. 
Kerajaan akan menambah baik dari aspek kecekapan proses bayaran balik jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula,

KUALA LUMPUR – Deloitte Malaysia menyokong cadangan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) supaya negara ini melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai sebahagian daripada strategi fiskal jangka sederhana.

Pengarah eksekutif cukai tidak langsung Deloitte Malaysia Senthuran Elalingam berkata, menggantikan cukai penjualan dan perkhidmatan (SST) dengan GST membolehkan kerajaan memperluas asas percukaiannya untuk mengatasi ketidakseimbangan fiskal yang disebabkan oleh wabak Covid-19.

Menurutnya, usaha memperluaskan dasar cukai negara ini tidak dapat dielakkan kerana kerajaan di seluruh dunia telah mengeluarkan modal yang cukup besar dalam memerangi Covid-19.

Senthuran Elalingam

“Penggantian SST dengan GST daripada perspektif dasar untuk jangka sederhana hingga panjang adalah masuk akal. Terdapat cabaran penting untuk memperluas cukai satu tahap seperti SST.

”Percubaan baru-baru ini untuk meluaskan skop telah menghasilkan banyak akibat yang tidak diinginkan seperti pelbagai peringkat cukai yang dibayar dan kekeliruan dalam skop.

”Dan sebarang keputusan untuk memperluas SST memerlukan pertimbangan yang sangat teliti,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Senthuran berkata, melaksanakan semula GST akan melenyapkan semua cabaran semasa yang dihadapi oleh SST dan akan memberi kerajaan lebih banyak ruang untuk meluaskan pangkalan cukai,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Senthuran menekankan bahawa tempoh pengenalan semula GST sangat penting kerana penting untuk memberi perniagaan masa bagi menstabilkan pasca wabak sebelum perlu menerapkan sistem cukai baharu. – MalaysiaGazette