TUDM serahkan kes insiden tembakan empat anggota TUDM kepada polis untuk disiasat lanjut.

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mengesahkan kejadian tembakan membabitkan empat anggotanya di kem Kota Samarahan pagi tadi.

Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7.15 pagi.

Menurutnya, kejadian itu telah dirujuk untuk  tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak TUDM mengesahkan berlaku insiden kejadian tembakan empat warga TUDM di Kota Samarahan.

“Kita sudah menyerahkan kes kejadian kepada PDRM untuk menjalankan siasatan.

“TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai,” kata Bahagian Perhubungan Awam TUDM Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:Empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan di kem TUDM Kota Samarahan – Polis 

Polis kenal pasti identiti empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan 

TUDM juga menegaskan, pihaknya akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Terdahulu Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast