PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angkara rekod jenayah yang masih disiasat dan dalam masa sama membawa rakan tanpa dokumen perjalanan yang sah, dua warga Indonesia cuba melarikan diri daripada ditahan anggota polis.

Dalam kejadian jam 6.40 petang Jumaat lalu, seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Beringin, Pelabuhan Klang terserempak dengan sebuah kereta Suzuki Swift berwarna biru yang mencurigakan.

Seorang lelaki warga Indonesia berstatus Penduduk Tetap dan rakan wanitanya enggan memberi kerjasama apabila enggan memberhentikan kenderaan.

“SL 50 cuba menahan dengan membunyikan hon dan memasang lampu biru tetapi suspek enggan berhenti dan terus memecutkan kenderaan memasuki Taman Kem. SL 50 maklum DCC Klang Selatan minta bantuan, telah dibantu SL 60, SL 69,SL 96,” menurut satu kenyataan.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam Dua Seksyen 24 Shah Alam, dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pelabuhan Klang dengan kereta peronda polis (MPV) mengejar mereka, ujarnya.

Difahamkan, suspek lelaki yang berumur 47 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan Seksyen 12 (2), Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT),

Turut dirampas kenderaan yang dinaiki kedua-dua suspek.

Sementara itu, Mahkamah Klang membenarkan permohonan reman kedua-dua suspek selama sehari.

Mereka akan didakwa kerana menghalang tugas penjawat awam.-MalaysiaGazette