KUALA LUMPUR – Perhimpunan #Lawan yang dirancang untuk diadakan pada 21 Ogos ini bukanlah penyelesai kepada kemelut politik negara ketika ini.
Sebaliknya, perhimpunan tersebut jika benar-benar berlaku hanya akan menyebabkan masalah lebih parah terhadap peningkatan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meruncing, kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Beliau berkata, biarpun dikatakan ia sebagai perhimpunan aman namun, pada kebiasaannya tidak dapat dikawal kerana asas perhimpunan itu adalah berdasarkan emosi.
“Himpunan yang hendak diadakan ini satu bentuk tekanan yang diberikan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berundur dan meletak jawatan.
“Dengan menggunakan isu-isu kegagalan menangani pandemik Covid-19 dan pebagai isu lagi, penganjur sudah pasti tidak dapat mengawal situasi yang berlaku dalam perhimpunan tersebut.
“Jadi, bagi saya kalau mereka hendak buat perhimpunan pada masa ini sememangnya amatlah tidak sesuai kerana kita sedang berdepan dengan masalah kesihatan yang amat besar,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan #Lawan anjuran Gabungan Pemuda Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang dirancang diadakan pada 21 Ogos ini.
Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, gesaan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan seharusnya dilakukan di medan yang betul dan bukan menunjukkan sikap protes di jalanan dengan mengadakan himpunan.
Katanya, Perdana Menteri sendiri secara berani telah menyatakan akan berdepan usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada September nanti.
Ujarnya, perkara itu telahpun diungkapkan sendiri oleh beliau acap kali dan tidak perlu memberi tekanan secara berterusan hingga mengungut mahu mengadakan perhimpunan.
“Kepercayaan kepada Perdana Menteri ini sudahpun diputuskan akan dibuat di medan yang sewajarnya iaitu di Parlimen pada awal September ini.
“Jadi kita tunggu sajalah sidang Parlimen itu berlangsung… jika betul Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kepercayaan majoriti daripada ahli Parlimen maka, mestilah dia pun akan jatuh…dia pun ada sebut semalam (perutusan khas),” ujarnya.
SSR sebelum ini mengadakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur pada 31 Julai bertujuan untuk menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan.
Susulan daripada itu, polis menjalankan soal siasat terhadap pihak penganjur dan juga peserta protes tersebut.
Polis turut memanggil sekurang-kurangnya seorang peguam dan lebih 20 petugas media untuk membantu siasatan berhubung protes itu. – MalaysiaGazette
Jika masih juga mahu berdemo..Bagi kepada pihak tentera untuk mengawalnya dengan ini pasti mereka akan akur.
Peningkatan kes covid19 di Selangor serta di Kuala Lumpur berkemungkinan daripada himpunan tempohari .Siapa yang berani mengaku bahawa mereka terlibat dalam himpunan tersebut.Jika mengaku memudahkan pihak berkuasa mencari mereka yg terlibat kerana yg terlibat gagal dikenalpasti kerana kebanyakkan pakai Face Mask serta baju yg sama warna.
Jika 24 Aug 2021 ada juga perhimpunan haram tidak mustahil kes covid19 akan meningkat melebihi andaian pihak KKM.
MEREKA YANG BERHIMPUN TERMASUK MP2 PEMBANGKANG DAN MP2 YANG TARIK DIRI PATUT DISUMBAT KE ICU2 COVID SELURUH NEGARA UNTUK MELIHAT SENDIRI SERIUSNYA WABAK INI….SERTA PENDEMO2 HARAM BOLEHLAH BANTU FRONTLINERS@SUKARELAWAN JENAZAH