KUALA LUMPUR – Selama dua hari berturut-turut jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan apabila hari ini dilaporkan sebanyak 20,670 kes positif baharu.
Jumlah ini berkurang 798 kes berbanding jumlah kes baharu semalam.
Ini membawa jumlah terkini kumulatif kepada 1,384,353 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih merupakan negeri tertinggi mencatat kes harian iaitu sebanyak 6,606 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,028 kes, Kedah 1,796 kes, Sabah 1,752 kes, Johor 1,425 kes dan Kelantan 1,370 kes.
“Pulau Pinang (1,251), Perak (1,003), Pahang (794), Negeri Sembilan (727), Sarawak (725),Terengganu (560) dan Melaka (521),” katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya, Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes positif baharu pada hari ini.
“Perlis (61) dan WP Putrajaya (51),” katanya lagi.-MalaysiaGazette