Bandar Mazar-e-Sharif

KABUL – Kumpulan Taliban melancarkan beberapa serangan ke atas Mazar-e-Sharif, bandar utama di utara Afghanistan yang mana ia dipertahankan oleh bekas pemimpin tentera yang berkuasa.

Jurucakap Gabenor Balkh, Munir Ahmad Farhad berkata, kumpulan Taliban menyerang bandar itu daripada pelbagai arah menyebabkan pertempuran sengit tercetus di pinggir bandar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, lapor AP.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani terbang ke Mazar-e-Sharif pada Rabu lalu untuk menemui beberapa pemerintah tentera yang bersekutu dengan kerajaan negara itu.

Kumpulan Taliban yang menawan kebanyakan wilayah selatan Afghnistan baru-baru ini menimbulkan kebimbangan terhadap pengambil alihan dalam tempoh kurang daripada tiga minggu sebelum pengunduran terakhir tentera Amerika Syarikat (AS).

Kumpulan Taliban telah menawan kebanyakan wilayah di utara, barat dan selatan Afghanistan, kerajaan negara itu yang disokong barat menguasai kecil wilayah di tengah dan timur selain ibu negara, Kabul.

Pengunduran tentera asing menimbulkan kebimbangan kumpulan Taliban akan kembali berkuasa atau negara itu terjemus dalam perang saudara.

Kumpulan Marine pertama daripada sebuah kontijen yang mengandungi 3,000 anggota tiba semalam untuk membantu mengosongkan kedutaan AS.

Baki anggota Marine akan tiba esok dan kerahan tenaga itu telah menimbulkan persoalan sama ada pengunduran tentera akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, kumpulan Taliban menyiarkan rakaman video mengumumkan pengambil alihan stesen radio utama di Kandahar yang jatuh di tangan pemberontak pada awal minggu ini.

Beliau berkata, stesen radio itu akan menyiarkan berita, analisis politik dan bacaan Quran. Stesen radio tersebut tidak akan memainkan muzik.

Adalah tidak jelas jika kumpulan Taliban telah meyingkirkan kakitangan stesen radio itu atau mmbenarkan mereka kembali bekerja.

Kebanyakan penduduk Kandahar dilihat mengenakan pakaian tradisional yang turut disukai kumpulan Taliban.

Lelaki yang terdapat dalam video itu megucapkan tahniah kepada penduduk Kandahar di atas kejayaan kumpulan Taliban.

Kumpulan Taliban mengendalikan stesen radio bergerak sebelum ini tetapi tidak pernah mengendalikan sebuah stesen radio di bandar utama sejak mereka memerintah negara itu pada 1996 hingga 2001.

Ketika itu, mereka juga mengendalikan sebuah stesen dikenali Voice of Sharia di Kandahar, tempat kelahiran kumpulan berkenaan.

Musik dilarang dimainkan.

AS menceroboh Afghanistan sejurus selepas insiden serangan 9/11 yang mana kumpulan  al-Qaida yang didakwa merancang dan melaksanakan serangan itu dilindungi kumpulan Taliban.

Selepas menggulingkan Taliban, AS menjurus ke arah memmbangunkan negara itu dengan mengharapkan pembentukan Afghanistan moden selepas berdekad-dekad berada dalam kancah peperangan dan pergolakan.

Pada awal tahun ini, Presiden Joe Biden mengumumkan jangka masa semua tentera AS untuk berundur pada penghujung Ogos, berikrar untuk menamatkan peperangan paling lama disertai AS.

Presiden sebelum itu, Donald Trump telah mencapai perjanjian dengan Taliban bagi memberi laluan kepada pengunduran tentera AS.

Pengumuman Biden telah mencetuskan serangan terbaharu. Kumpulan Taliban yang telah lama meguasai sebahagian besar kawasan luar bandar Afghanistan dengan pantas merampas ibu negeri wilayah itu, sempadan dan infrastruktur lain.

Kumpulan Taliban kini berada 80 kilometer dari Kabul.

Beribu-ribu warga Afghanistan meninggalkan kediaman mereka dengan kebanyakannya bimbang dengan kepulangan undang-undang yang dilaksnakan Taliban.

Sebelum ini kumpulan tersebut memerintah Afghanistan menerusi undang-undang yang keras dan kebanyakan kaum wanita berada di rumah. – MlaaysiaGazette