Dr. Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Andainya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan hari ini, seorang Perdana Menteri Interim perlu dilantik untuk meneruskan pentadbiran kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Perdana Menteri Interim itu perlu membentuk Kabinet Kerajaan Perpaduan yang bersifat inklusif melibatkan wakil semua parti utama kerajaan dan pembangkang.

Katanya, kerajaan ini boleh berfokus pengalaman United Kingdom (UK) dalam beberapa peristiwa besar melawan pandemik penyakit kaki dan kuku, Brexit, Perang Dunia pada zaman Winston Churchill dan Perang Falklands pada era Margaret Thatcher.

Menurut beliau, Kerajaan Interim Perpaduan juga perlu mengutamakan usaha menangani Covid-19 termasuk mempercepatkan vaksinasi, menstabilkan ekonomi dan membantu kebajikan rakyat termasuk #TuntutanRakyat.

“Kecilkan Kabinet daripada 70 Menteri dan Timbalan Menteri seperti yang ada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang kepada hanya beberapa atau maksimum 10 hingga 15 Menteri Koordinator.

“Kerajaan Interim Perpaduan hanya untuk tempoh sehingga imuniti kelompok tercapai iaitu lebih 90 peratus rakyat divaksin dengan sasaran antara enam hingga sembilan bulan dari sekarang.

“Jika imuniti kelompok berjaya dicapai, Perdana Menteri Interim mesti menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi diserahkan mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Asyraf, Kerajaan Interim Perpaduan boleh meredakan suhu politik dengan semua parti mengambil bahagian penting dalam usaha menangani Covid-19, sekali gus mewujudkan gencatan senjata politik yang sebenar.

Ini kerana, selepas enam bulan dan setelah berjaya mencapai imuniti kelompok, PRU 15 boleh diadakan.

Beliau turut menggariskan beberapa pandangan untuk Kerajaan Interim Perpaduan sepanjang berfungsi, iaitu tidak ada lagi aktiviti horse trading atau jual beli dengan menyogok Ahli Parlimen dan orang politik.

“Tidak ada lagi aktiviti persaingan sengit dengan kecenderungan penguasa menggunakan kaedah ugutan dan tawaran untuk melemahkan pesaing di kalangan parti lawan.

“Semua parti bekerjasama memfokuskan usaha menangani Covid-19 bukan membina war chess sepanjang dalam kerajaan dan gencatan senjata politik untuk seketika sehingga PRU 15,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. inilah LIDAH BERCABANG DAN MUNAFIK UMNO…..NAK BAGI CADANGAN TAPI TANGAN2 KAMU YANG MENJAHANAMKAN KESATUAN UMMAH SERTA USAHA KERAJAAN MEMERANGI PANDEMIK

    UMNOGOK SANGGUP IKUT KATA ZAHID….YANG JELAS LARI DARI PEPERANGAN MENENTANG COVID..MEREKA INI ADALAH ANTARA 7 GOLONGAN PEMBINASA DAN DOSA BESAR

  2. RAKYAT AKAN LIHAT DAN TUNGGU SUMPAH KERAMAT UMNO….NO ANWAR NO DAP….SAMADA UMNO AKAN DIMAKAN SUMPAHNYA NANTI

Comments are closed.