Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Puspakom menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaannya di Langkawi, Kedah mulai hari ini untuk proses disinfeksi dan sanitasi. Ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Pembukaan semula Puspakom Langkawi akan dimaklumkan kelak.

Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, temujanji akan dibatalkan dan bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.

Temujanji pemeriksaan boleh dilakukan semula apabila Puspakom Langkawi beroperasi kembali seperti biasa.

Sehubungan dengan ini, pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi Puspakom dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast