Gambar hiasan

MADRID – Bandar Montoro di selatan Sepanyol merekodkan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Sepanyol sebelum ini, menurut Badan Meteorologi Negeri Sepanyol (AEMET).

Sepanyol merekodkan suhu, 47.2 darjah Celsius pada Sabtu lalu, mengatasi rekod sebelumnya 46.9 darjah Celsius di bandar Cordoba pada 13 Julai 2017.

Sebilangan besar kawasan Sepanyol dalam keadaan berjaga-jaga dengan amaran warna merah atau oren untuk suhu tinggi dan risiko kebakaran pada hari Ahad, walaupun suhu dijangka turun mulai Isnin.

Gelombang panas ini muncul ketika kenaikan harga elektrik pada  117,29 euro (138 dolar AS) per megawatt jam (MWh) pada Jumaat lalu. – Xinhua