TPM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kepada media di sini malam ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir ke Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

“Ya, dialah (Ismail Sabri) calonnya,” katanya ketika ditemui di Lobi Menara Dato Onn selepas selesai Mesyuarat BN malam ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, BN hanya seorang calon dari UMNO dicadangkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidi hadir ke Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

Calon berkenaan bersih dan tiada kes yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.