Keadaan kenderaan KKM yang terlibat dalam nahas di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran tol Kempas tengah hari tadi.

JOHOR BAHRU -Seorang pemandu kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKDP) Kluang maut,manakala tiga lagi juturawat cedera dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran tol Kempas kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi.

Difahamkan kenderaan itu menuju ke Hospital Permai Johor Bahru bagi mengambil bekalan vaksin.

Mangsa berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit pada bahagian pemandu.

Difahamkan punca kejadian akibat permukaan jalan yang licin, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian.

Insiden berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid.- MalaysiaGazette

 

lagi menyusul