KUALA LUMPUR –  Bayern Munich mempertahankan trofi Piala Super Jerman dengan kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund awal pagi menerusi dua jaringan Robert Lewandowski, lapor BBC.

Penyerang berusia 32 tahun itu meletakkan Bayern di depan dengan tandukan padu di Signal Iduna Park sebelum Thomas Mueller menambah jaringan untuk pelawat selepas rehat.

Kapten Dortmund Marco Reus merapatkan jurang dengan sepakan menarik namun Lewandowski memastikan kemenangan dengan gol keduanya.

Penyerang 32 tahun itu kini sudah meledak 24 gol dalam 24 perlawanan menentang Dortmund, di mana dia pernah beraksi empat tahun (tahun 2010-2014) bersama pasukan itu.

Bayern kini memenangi kesemua enam perlawanan terakhir mereka menentang Dortmund.

Pada perlawanan itu, pemain-pemain Bayern turut memperingati legenda Jerman Gerd Muller, yang meninggal dunia Ahad lalu pada usia 75 tahun. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast