takiyuddin hassan revocation of Emergency Ordinance Dewan Rakyat Parliament Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menitahkan Perdana Menteri baharu yang akan dilantik ini, perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat, secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menitahkan sedemikian bagi membolehkan Perdana Menteri Kesembilan mengabsahkan dirinya telah mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggung jawab seorang Raja Berpelembagaan berteraskan keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan Undang-Undang.

“Seri Paduka Baginda akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa yang dijadualkan Jumaat,” katanya lagi.

Baginda juga katanya bertitah supaya semua 220 ahli Dewan Rakyat untuk mempersembahkan surat akuan (SD) yang menyatakan seorang ahli Dewam Rakyat telah diberi kepercayaan untuk menjadi perdana menteri baharu.

SD itu perlu dikemukakan kepada Istana Negara sebelum jam 4 petang ini.- MalaysiaGazette