Zabihullah Mujahid. foto Reuters

KABUL – Beberapa hari selepas menguasai semula Afghanistan, Taliban memberi jaminan akan memberi pengampunan kepada semua penduduk negara itu.

Dalam sidang akhbar yang diadakan, jurucakapnya, Zabihullah Mujahid berkata, mereka tidak akan menyimpan dendam kepada sesiapa sama ada di dalam atau di luar.

Jelasnya lagi, Taliban kini berusaha untuk menyakinkan masyarakat antarabangsa yang kumpulan itu telah berubah dari pentadbiran ganas ketika memerintah Afghanistan pada era 90 an.

Antara janji yang dibuat termasuk mengiktiraf hak wanita mengikut hukum hakam Islam dan budaya setempat.

Melalui kenyataan yang sama Zabihullah berkata wanita di negara itu akan diberikan peluang belajar dan bekerja serta mempunyai wakil dalam pelbagai sektor kerajaan.

Selain itu, kumpulan itu mahukan media swasta untuk kekal bebas dan wartawan tidak sepatutnya bekerja dengan nilai yang bertentangan negara itu.

Namun begitu, masih ramai pihak yang khuatir dengan janji yang diberikan. – TRT World