TMJ Educity PPV vaccination shortage Crown Prince of Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Crown Prince of Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi keyakinan kepada rakyat di negeri itu yang kadar vaksinasi akan meningkat dalam masa terdekat.

Tunku Ismail menzahirkan perkara itu di ciapan akaun Twitternya juga menyatakan Johor merupakan salah satu negeri yang mencatatkan jumlah vaksinasi yang tertinggi berbanding negeri lain.

Tunku Ismail berkata disebabkan oleh populasi rakyat Johor yang tinggi menyebabkan peratusan yang menerima vaksin masih rendah pada ketika ini.

“Johor merupakan salah satu negeri yang jumlah vaksin antara yang tertinggi tetapi kerana populasi negeri yang tinggi, kadar vaksinasi masih rendah.

“Bagaimanapun saya percaya kadar vaksinasi kita akan meningkat dalam masa yang terdekat. Saya akan terus pantau dan push kerajaan,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini. – MalaysiaGazette