TOKYO – Harga minyak mentah masih merekodkan kerugian pada hari keenam, hampir ke paras terendah tiga bulan ekoran peningkatan kebimbangan permintaan minyak yang rendah disebabkan lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia.
Selain itu, kenaikan inventori gasolin dapat keadaan yang tidak disangka-sangka menambahkan tekanan.
Minyak mentah Brent turun sebanyak AS$0.85 atau 1.3 peratus kepada AS$67.38 setong pada 0019 GMT.
Manakala minyak mentah West Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) turun sebanyak AS$0.93 sen 1.4 peratus kepada AS$64.53 setong selepas jatuh 1.7 peratus pada sesi sebelumnya.
Kedua-dua penanda aras telah merekodkan kerugian lebih daripada 5.0 peratus dalam enam sesi dagangan, menghampiri paras terendah sejak 24 Mei pada sesi sebelumnya.
Penurunan berterusan ini kerana para pelabur masih bimbang dengan peningkatan jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta di seluruh dunia.
“Harga minyak mentah terus kelihatan lemah di sekitar tahap sokongan pertengahan hingga akhir musim panas iaitu AS$ 65 untuk WTI dan Brent AS$ 67,” kata Craig Erlam, penganalisis pasaran kanan di OANDA Europe, dalam nota penyelidikannya.
Pertumbuhan lebih perlahan di China kerana masih mengenakan sekatan pergerakan sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes Covid-19 dan beberapa kelemahan dalam data di Amerika Syarikat telah mendorong kejatuhan harga minyak, katanya. – Reuters