Manuel Locatelli melengkap perpindahan ke Juventus dengan menandatangani kontrak pinjaman selama dua tahun sehingga Jun 2023.Foto Kredit, laman rasmi Juventus.com

ROM – Bintang tengah Itali, Manuel Locatelli menyertai Juventus secara rasmi secara pinjaman selama dua tahun.

Pemain berusia 23 tahun itu melengkapkan perpindahan itu dari Sassuolo dengan obligasi pembelian tetap pada tahun 2023.

Locatelli sebahagian daripada pasukan Itali yang menjulang Piala Euro 2020 Julai lalu dan telah menjaringkan dua gol walaupun masuk sebagai pemain ganti dalam aksi final.

Pinjaman pemain itu selama dua tahun bersama the Old Lady akan menjadi perpindahan tetap selama tiga tahun bermula Jun 2023.

Yuran berjumlah £32 juta telah dipersetujui Juventus bersama Sassuolo untuk pemain itu.

Bekas pemain AC Milan itu juga dikaitkan dengan Arsenal dan Liverpool sejak Jun lalu.

Namun penyertaan secara pinjaman ke Juventus telah menamatkan segala spekulasi yang menyelubungi pemain itu selama ini.

Juventus yang telah menjadi juara Serie A selama sedekad telah gagal mempertahankan kejuaraan itu musim lalu buat pertama kalinya dengan sekadar menamatkan saingan di tempat keempat sahaja.

Selepas itu Andrea Pirlo dipecat dan bekas pengurusnya Massimiliano Allegri dilantik semula oleh kelab itu.-MalaysiaGazette