Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad berkata, UMNO tidak pernah mengecewakan pemimpinnya walau apapun sikap mereka terhadap parti itu.

Ini boleh dibuktikan apabila Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk menyerahkan pemilihan perdana menteri kepada ahli-ahli Parlimen parti itu dan Barisan Nasional (BN) walaupun ahli-ahli Parlimen sudah berpecah dalam soal memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ada 15 orang yang bersama MKT UMNO dan menarik balik kepercayaan mereka kepada Kerajaan PN.

Manakala 23 lagi, sama ada mahu menunggu sidang Parlimen September ataupun masih menerima Kerajaan PN kepimpinan Muhyiddin.

”Namun, apabila soalnya ialah pengisian jawatan PM, parti tidak pernah mengecewakan pemimpin mereka walau apa pun sikap pemimpin itu terhadap parti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau akui sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO berada dalam luar biasa.

Awal-awal terkesan dengan ahli-ahli Parlimen yang sanggup mengkhianati kepercayaan parti dan mandat rakyat untuk melompat keluar daripada UMNO.

Seramai 15 orang Ahli Parlimen UMNO melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), seorang ke Warisan. Itu di peringkat Parlimen. Di Sabah, sehingga bertukar kepimpinan di peringkat bahagian.

”Setelah Langkah Sheraton, ahli-ahli Parlimen UMNO ada yang merasa balik jawatan dalam kerajaan atau badan-badan berkaitan kerajaan,” katanya.

Shahrir berkata, perbezaan pendirian antara ahli-ahli Parlimen UMNO dengan parti mula ketara setelah Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) tahun lalu apabila adanya juga pendapat bertentangan dari segi yang pokok dan soal masa perhimpunan itu.

Namun katanya, perbezaan pendirian antara ahli-ahli Parlimen dengan parti adalah suatu yang baharu bagi UMNO.

Buat masa ini, parti memberi ahli-ahli Parlimennya kuasa untuk terus bersama dengan PPBM dalam sebuah kerajaan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.

Namun terserahlah kepada ahli-ahli Parlimen UMNO di bawah kepimpinan Ismail Sabri membuktikan kerajaan baharunya lebih berkesan dari kedua-dua kerajaan sebelum ini.

”Apapun, tahniah kepada kepimpinan parti yang sentiasa menekankan kepada sikap dan pendirian cara bersama atau ‘enbloc’. Tahniah kepada DS Ismail Sabri kerana dipilih untuk pula memimpin gabungan BN-PN-GPS dan mereka yang akan diamanahkan tanggungjawab dan tugas,” katanya.

Shahrir turut menitip rasa kagumnya terhadap Datuk Seri Najib Razak – walaupun berkali-kali disindir kleptokrat dan dimaki oleh ‘sahabat lamanya’, beliau tetap meletakkan kepentingan kumpulan yang ramai mengatasi dirinya sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. cukup2lah bERDENDAM KESUMAT …..BERTAUBAT DAN HULUR SALAM KEMAAFAN DAN SILATURAHIM….xcukup lagi ke HAJAT porak perandakan POLITIK negara baru-baru ni tercapai

    CONTOHILAH PAS yang kerdil wpun dimusuhi dan dkhianati UMNO sebelum ini boleh MEMAAFKAN DEMI TALI ALLAH dan PERPADUAN UMMAH

    KAMU PUN BUKAN MP dan KABINET….harap baca komenku…..berilah pandangan membina dan kesamaan BUKAN pecahbelahkan melayu yang terus meLAYU ….ujian ALLAH kita sama2 tabah dan berusaha kepada yang TERBAIK

Comments are closed.