PDRM MACC Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal corruption US$10 million London home ex-lover
Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Director, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 03 JULY 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan .Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 JULAI 2021

KUALA LUMPUR – Bukit Aman hari ini mengesahkan kehadiran polis ke kediaman pendakwah, Ustaz Ebit Lew petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Komisioner Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, ia membabitkan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman

“Saya sahkan dan ini hanya pemeriksaan biasa dan merupakan prosedur siasatan yang mesti dilengkapkan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam tiga kenderaan Preve bercermin gelap milikPolis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan kediaman Ebit Lew pada jam 4 petang dan meninggalkan kawasan perumahan itu 90 minit kemudian.

Pada sebelah pagi, Ebit Lew hadir bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican ke Bukit Aman bagi membantu siasatan polis dalam kes gangguan seksual. – MalaysiaGazette