KUALA LUMPUR – Kenderaan dipercayai membawa mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat meninggalkan sebuah hotel di ibu negara tepat pukul 5 petang tadi.

Selain kenderaan ahli Parlimen Bera itu, turut kelihatan beberapa buah kenderaan orang kenamaan (VIP) lain turut diletakkan di kawasan parkir hotel berkenaan.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu meninggalkan kawasan hotel sejurus selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada pukul 2.30 petang esok di lstana Negara.

Terdahulu Ismail Sabri dilihat meninggalkan kediaman peribadinya di Tropicana, Petaling Jaya pada pukul 10.32 pagi tadi. – MalaysiaGazette